Sabtu, 3 Ogos 2013

Sebab Akidah Boleh Terbatal

1. Perkataan: Contoh, seseorang berkata seperti berikut:
* " Menutup aurat itu tidak wajib".
* " Hukum hudud itu zalim ".
* " Sekarang zaman moden , undang-undang Islam sudah tidak sesuai lagi"
* " Agama Islam itu sama dengan agama lain".
* " Sembahyang itu tidak wajib"
* " Kalau hukum hudud dilaksanakan,maka negara Islam akan mundur".

2. Perbuatan: Contoh
* Menyembah patung
* Bertafakur di Tugu Negara
* Memuja kubur,pokok,batu dan sebagainya.
* Meminta pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia atau memuja kubur.
* Memohon pertolongan daripada jin.
* Memakai salib.
* Memijak al-Quran.

3. Niat (keyakinan dalam hati ) atau i'tiqad:

* Beri'tiqad bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan.
* Beri'tiqad bahawa agama lain sama baik dengan Islam.
* Beri'tiqad bahawa undang-undang ciptaan manusia lebih baik atau sama dengan undang
- undang Allah s.w.t.
* Berniat atau berhasrat untuk keluar dari Islam pada masa akan datang.

Di Setiap Bait Tarbiyahku..


Diri bukan Kakak yang penuh hatinya
Yang terisi banyak ayat keramat ilahi
Yang santun jiwanya dengan sunnah kekasih murabbi.

Hanya budak
Yang baru terdengar orang berbisik ‘tarbiyah’
Apabila ditanya pada diri
Hanya kelu lidah memberi.

Hanya budak
Yang terpinga-pinga mendengar tadabur
Dari bibir ke bibir
Yang mengetap bibir menunggu giliran mengaji
Yang menggaru kepala meniti sirah nabawi
Yang menggerutkan dahi demi memahami Islam.
Itulah terbiyah

Siapa tahu?
Yang mampu mengubah pokok yang mati
Kepada mawar yang mewangi.

Siapa sangka?
tarbiyah mampu beri kekuatan
Tarbiyah berterusan memantapkan jiwa yang kontang.
Hanya menjadi budak
Mengenal Islam lagi dan lagi. 

Jumaat, 2 Ogos 2013

TALKIN yang menggerunkan..

Hari ini hatiku terdetik untuk mencari maksud talkin yang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia. Jadi, kalau boleh semasa membaca, sebut-sebutlah nama kita sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, In shaa Allah. Sama2 lah kita membaca dan memahaminya.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala
Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin AYAH SAYA, wahai SAYA Bin AYAH SAYA, wahai SAYA Bin AYAH SAYA,

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin AYAH SAYA,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah SWT
Sebagaimana kamu juga hamba Allah SWT
Apabila mereka menyuruh kamu duduk
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin AYAH SAYA 


Tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin AYAH SAYA,


Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benarBerkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan ada
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Betapa hinanya kita jika meninggalkan solat

Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa ‘sibuk’ mencari alasan…

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),:-
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..

Wa'allahualam

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Ujian dunia Jambatan ke akhirat

Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam!

Detik berlalu meninggalkan kita. Saat yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati. Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT. Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali-Imran, ayat 139)

Tempahkan aku tempat di NERAKA - khusus buat wanita

Tempahkan aku Tempat di Neraka - Kisah Iktibar
Seorang perempuan pertengahan umur sedang tekun bekerja, peluh jelas kelihatan di dahinya. Musim panas merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi muslimah, untuk tetap mempertahankan auratnya dengan pakaian yang sopan. Kering dan panas tidak mungkin menjadikannya menggadaikan akhlak. Berbeza dengan keadaan sejuk, dengan menutup telinga dan leher kehangatan badan boleh dijaga. Telekung dan Tudung menjadi multi fungsi. Kisah Iktibar, Tempahkan aku Tempat di Neraka bermula di sebuah stesen bas.

Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang, di sebuah stesen bas.
Ada seorang perempuan muda, kain yang menutup badannya kurang layak untuk dikatakan sebagai pakaian. Mungkin kerana tercabar atau malu melihat semua yang disekelilingnya sopan berpakaian. perempuan muda itu memilih untuk duduk diujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang perhatian kalau boleh dibahasakan sebagai keprihatinan sosial. Seorang Pakcik setengah baya yang kebetulan duduk berhampiran penuh sopan menegur perempuan muda itu. Bahawa pakaian seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tak baik boleh terjadi pada dirinya. Malah pakaian seperti itu juga salah disisi peraturan agama dan adab kesopanan.

Respon perempuan muda tersebut tersebut amat mengejutkan. Dengan hati yang keras dia mengekspresikan kemarahannya. Mungkin kerana merasa hak pribadi dan privasinya terganggu. Baginya cara berpakaian adalah hak pribadi seseorang. Dihantui Api Marah dalam nada menengking berkata,

Kubur manusia juga lain-lain. Kubur aku milik pribadi aku, jangan difikirkan orang lainnya. Kalau Aku ke Neraka apa sekalipun, hanya aku! Kalau memang pakcik ni baiknya seperti malaikat, ambil telefon saya ni. Nah! tolong Tempahkan aku Tempat di Neraka selepas aku mati!

Satu respon yang sangat melampau dan diluar dugaan, hingga semua terdiam, dan pakcik itu hanya mampu beristighfar. Lalu terus menggumamkan Bacaan Zikir kalimat-kalimat Allah.

Masa-masa seterusnya berlalu suasanapun di dalam bas menjadi hening. Beberapa orang kelihatan keletihan dan terlelap dalam mimpinya. Tak terkecuali perempuan muda itu. Hingga sampailah perjalanan di destinasi tujuan. Di stesen bas Perhentian Terakhir untuk semua penumpang.

Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun. Tapi mereka terhalangi oleh perempuan muda tersebut yang masih kelihatan lena tidurnya. Dia berada paling hampir dengan pintu keluar. "Bangunkan saja!" begitu kira-kira permintaan para penumpang lainnya.

Sesuatu yang amat mengejutkan terjadi. Perempuan muda tersebut benar-benar tidak bangun dan tidak mungkin akan bangun lagi. Dia menemui ajalnya. Kelihatan pakcik tadi tetap ditempatnya dan masih beristighfar, menggumamkan kalimat Allah sebagaimana yang dilakukan ketika gadis muda itu masih boleh berbicara. Sebuah pengakhiran yang menakutkan. Mati dalam keadaan mencabar Tuhan, ia Benar-Benar Menempah Tempat di Neraka.

Seandainya tiap orang mengetahui akhir hidupnya
Seandainya tiap orang menyedari hidupnya boleh berakhir setiap saat
Seandainya tiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk
Seandainya tiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah


Tempahkan aku Tempat di Neraka jadikannya iktibar, semoga ia membawa manfaat kepada semua. Sungguh, Allah masih menyayangi kita yang masih terus hidup dan boleh dibimbingNya. Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat denganNya semakin dekat. Kepada yang terlena seharusnya segera sadar, amal dan pintu taubat masih terbuka.

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
and Allah knows the right 

Rabu, 29 Mei 2013

7 Sunnah Rasulullah SAW

Hendaknya kita selalu menjaga sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari.
7 sunnah Nabi ialah :-

1. TAHAJJUD
     Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. MEMBACA AL-QURAN sebelum terbit matahari
    Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-       Quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.

3. JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMANYA PADA WAKTU SUBUH.
    Sebelum melangkah kemana pun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, kerana masjid merupakan pusat keberkatan , bukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. JAGA SOLAT DHUHA.
    Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. JAGA SEDEKAH SETIAP HARI
    Allah menyukai orang yang bersedekah dan malaikat selalu mendoakan orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. JAGA WUDHU
    Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu, Kata khalifah Ali bin Abu Talib " Orang yang selalu berwudhu sentiasa selalu merasa selalu bersolat  dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa.." Ampuni dosa dan Sayangi dia Ya ALLAH."

7. AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT.
    Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.


~~MENCAPAI CINTA YANG AGUNG, MENGEJAR CINTA YANG ABADI~~