Google+ Followers

Ahad, 9 Disember 2012

LUAHAN SEORANG MUSLIMAH


Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh :), Syukran sebab sudi singgah kat simplesite saya :)..

Aku wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk menjadi solehah dan menjadi wanita yang di redhai Allah . In Shaa Allah .


Inilah aku, wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk menjadi solehah.
Kemunculannya mendorong aku untuk menjadi lebih baik diantara yang terbaik. Sebelum berjumpa dengan dia di facebook, aku sudah mempunyai cita-cita dan memasang niat untuk menjadi solehah. Selangkah demi selangkah aku berusaha menjaga solatku, ibadahku dan ingin menjaga aurat ku agar tidak terdedah dengan mudah. Perlahan demi perlahan aku ingin berubah, hingga sampai ke satu tahap ada kawan yang tidak menyokong aku, mereka persoalkan mengapa aku berubah, tapi aku hanya berdiam, kerana berdiam itu lebih baik. Setelah itu, kehadiran seorang lelaki yang saya gelar anta, dialah penambah semangat agar saya tidak mempedulikan pandangan manusia, kerana pandangan Allah itu lebih penting. 

Aku sudah mula istiqomah dalam beribadah, aku mula mengikuti majlis ilmu-ilmu agama seperti Usrah, aku mula memakai handshock, hingga keesokan harinya aku perasan seorang kawan baik ku mula memadam gambar-gambarnya dalam fb dan dia juga mula memakai handshock, Alhamdulillah Ya Allah. Pada masa tu, aku sangat-sangat bersyukur pada Allah. 

Pada suatu masa, hubungan aku dengan si A hanya sebatas kawan, tapi kawan-kawan yang lain pula anggap lain.Timbul pergaduhan dalam FB, Allah, susahnya hati aku pada masa tu, Alhamdulillah, tahap kesabaran kerana Allah itu tiada batas. Aku hanya berdiam dan tidak masuk campur dalam urusan mereka, Akhirnya masalah itu pun redha, tapi seringkali terungkit. Sehingga hari ni, alhamdulillah masalah itu sudahpun tenggelam. :) . .
Aku ingin berubah, bukan kerana dia, tapi kerana Allah. Dia hanya orang yang menjadi ilham dan orang yang selalu memberi dorongan pada aku.
In Shaa Allah, aku akan beristiqomah dalam ibadah ku, ku hnya mengharapkan redha Ilahi agar cita-cita ku untuk menjadi solehah mendapat keizinan Dari-Nya.
Allahurobbi.