Jumaat, 2 Ogos 2013

Tempahkan aku tempat di NERAKA - khusus buat wanita

Tempahkan aku Tempat di Neraka - Kisah Iktibar
Seorang perempuan pertengahan umur sedang tekun bekerja, peluh jelas kelihatan di dahinya. Musim panas merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi muslimah, untuk tetap mempertahankan auratnya dengan pakaian yang sopan. Kering dan panas tidak mungkin menjadikannya menggadaikan akhlak. Berbeza dengan keadaan sejuk, dengan menutup telinga dan leher kehangatan badan boleh dijaga. Telekung dan Tudung menjadi multi fungsi. Kisah Iktibar, Tempahkan aku Tempat di Neraka bermula di sebuah stesen bas.

Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang, di sebuah stesen bas.
Ada seorang perempuan muda, kain yang menutup badannya kurang layak untuk dikatakan sebagai pakaian. Mungkin kerana tercabar atau malu melihat semua yang disekelilingnya sopan berpakaian. perempuan muda itu memilih untuk duduk diujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang perhatian kalau boleh dibahasakan sebagai keprihatinan sosial. Seorang Pakcik setengah baya yang kebetulan duduk berhampiran penuh sopan menegur perempuan muda itu. Bahawa pakaian seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tak baik boleh terjadi pada dirinya. Malah pakaian seperti itu juga salah disisi peraturan agama dan adab kesopanan.

Respon perempuan muda tersebut tersebut amat mengejutkan. Dengan hati yang keras dia mengekspresikan kemarahannya. Mungkin kerana merasa hak pribadi dan privasinya terganggu. Baginya cara berpakaian adalah hak pribadi seseorang. Dihantui Api Marah dalam nada menengking berkata,

Kubur manusia juga lain-lain. Kubur aku milik pribadi aku, jangan difikirkan orang lainnya. Kalau Aku ke Neraka apa sekalipun, hanya aku! Kalau memang pakcik ni baiknya seperti malaikat, ambil telefon saya ni. Nah! tolong Tempahkan aku Tempat di Neraka selepas aku mati!

Satu respon yang sangat melampau dan diluar dugaan, hingga semua terdiam, dan pakcik itu hanya mampu beristighfar. Lalu terus menggumamkan Bacaan Zikir kalimat-kalimat Allah.

Masa-masa seterusnya berlalu suasanapun di dalam bas menjadi hening. Beberapa orang kelihatan keletihan dan terlelap dalam mimpinya. Tak terkecuali perempuan muda itu. Hingga sampailah perjalanan di destinasi tujuan. Di stesen bas Perhentian Terakhir untuk semua penumpang.

Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun. Tapi mereka terhalangi oleh perempuan muda tersebut yang masih kelihatan lena tidurnya. Dia berada paling hampir dengan pintu keluar. "Bangunkan saja!" begitu kira-kira permintaan para penumpang lainnya.

Sesuatu yang amat mengejutkan terjadi. Perempuan muda tersebut benar-benar tidak bangun dan tidak mungkin akan bangun lagi. Dia menemui ajalnya. Kelihatan pakcik tadi tetap ditempatnya dan masih beristighfar, menggumamkan kalimat Allah sebagaimana yang dilakukan ketika gadis muda itu masih boleh berbicara. Sebuah pengakhiran yang menakutkan. Mati dalam keadaan mencabar Tuhan, ia Benar-Benar Menempah Tempat di Neraka.

Seandainya tiap orang mengetahui akhir hidupnya
Seandainya tiap orang menyedari hidupnya boleh berakhir setiap saat
Seandainya tiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk
Seandainya tiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah


Tempahkan aku Tempat di Neraka jadikannya iktibar, semoga ia membawa manfaat kepada semua. Sungguh, Allah masih menyayangi kita yang masih terus hidup dan boleh dibimbingNya. Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat denganNya semakin dekat. Kepada yang terlena seharusnya segera sadar, amal dan pintu taubat masih terbuka.

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
and Allah knows the right 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan